Friday, 11 July 2014

SERUAN Kepada Ahlul Bayt Nabi Shallallahu Alayhi waSallam AkhirZAMAN! . . .



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wr wbkth,

"Kepada Tuan-tuan Sayyid, Habib, Syarif dan  kaum keluarga sekelian, samada yang masih mengekal identiti asal mahupun yg telah lebur menjadi rumpun baka Nusantara ini, tampillah ke hadapan dengan penuh semangat dan keinsafan, upayakanlah potensi sebenar yang ada dalam diri anda sekelian.

Demi sesungguhnya, anda sekelian berasal dari sulbi dan darah daging semulia-mulia makhluk ciptaan Allah SubhanahuwaTa’ala, Sayyidul-Anbiya Wal Mursalin, Habibullah, Khatimul ‘Anbiyya’, Rahmatu li’L ‘Alameen,  junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam.

 Sesungguhnya umat Islam amat dahagakan kepimpinan serta bimbingan anda, hatta kepingin untuk mencontohi teladan yang baik dari fitrah kesufian, akhlak luhur dan keperibadian mulia yang begitu terserlah pada leluhur anda sekelian dari kalangan alim-ulama dan mubaligh-mubaligh ahlul-bayt awallun dari Mekah, Madinah dan Hadhramaut itu.

Sesungguhnya sifat2 tersebut yg mungkin sebahagiannya masih lagi terpendam di dalam lubuk jiwa dan nurani  anda perlu digali keluar, dizahir serta diupayakan demi kesejahteraan dan menafaat umat Islam sejagat.

Bukankah nenda anda, iaitu junjungan mulia Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy serta memilihku dari Bani Hasyim. Maka aku berasal dari orang-orang baik, dari orang-orang baik, dari orang-orang baik.”  (HR  Muslim)

Sesungguhnya kepimpinan Yahudi ZIONIS sendiri mengakui bahawa golongan anda, khususnya dari golongan umara dan alim-ulama sufi adalah merupakan pertahanan fitrah bagi bangsa-bangsa (umat Islam). Cuba telusi yang tersirat daripada Protokol Cendikiawan ZIONIS No 1!

Maka jikal golongan anda yang Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam sendiri sebutkan sebagai ‘baka terbaik’ dari kalangan bangsa-bangsa umat manusia keseluruhannya, namun anda gagal merealisasikan potensi darah daging tersebut, sebaliknya membuat perkara-perkara yang berlawanan dengan fitrah dan resam keturunan anda, maka apalah diharapkan lagi kepada baka-baka umat manusia lainnya.

 Ingatlah bahawa umat Islam adalah khalifah bumi, bangsa Quraisy khalifah umat Islam,  Bani Hasyim  khalifah bangsa Quraisy, dan ahlul-bayt Nabi Shallallahu Alayhi waSallam adalah khalifah bagi kaum Bani Hasyim!!

SubhanaAllah! MasyaAllah! Allahu Akbar!!

Oleh itu jika kaum Bani Hasyim dapat menghayati serta menginsafi, hatta dise-darkan semula tentang kepentingan peranan anda sekelian sebagai pertahanan fitrah kepada umat Islam sebagai khalifah mukabumi ini, maka tidakkah ianya berupaya membawa menafaat besar kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini, tidak kiralah Islam mahupun kafir, malahan kepada situasi bumi dan alam?

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal salih bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa.”   (An Noor : 55)

Sabda Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam:  “Manusia itu mengikuti Quraisy  dalam perkara ini, orang-orang Islam mengikuti mereka yang muslim dan orang-orang kafir mengikuti mereka yg kafir.”  (HR Imam Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam: “Bintang-bintang adalah  keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baytku keselamatan bagi peng-huni bumi.”  (HR At-Thabarani)

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam dari Abu Dzar menyatakan: “Ahlul-baytku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”  (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir)

Dalam hal ini, janganlah dihairankan mengapa semenjak tempuh akhir-akhir ini,  kesemua makhluk Allah termasuk manusia di merata alam, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar menjadi lintang pukang, porak peranda & hampir menuju kebi-nasaan, kerana yang menjadi ‘khalifah’ bumi pada hari ini ialah Yahudi ZIONIS  sebagai kuda tunggangan Iblis yang paling berkesan.

Allah Ta’ala sendiri berfirman mengenai keadaan mereka seperti berikut: "Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram (pecah amanah, rasuah dan sebagainya). Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu.”  (Al-Maa’idah : 62)

“Dan sesungguhnya kamu dapati mereka (Yahudi) seloba-loba manusia kepada kehidupan (DUNIA), bahkan lebih loba lagi daripada orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur 1000 tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkan daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”  (Al Baqarah: 96)

Bukankah ‘darah’ anda mempunyai ‘daulah’, iaitu karamah dan barakahnya yang tersendiri  berdasarkan salawat umat Islam kepada anda sebagai sebahagian dari hak anda, sedangkan anda  dihalang untuk menerima zakat dan sedeqah kerana  ianya disebut sebagai kotoran harta manusia?

"Ya Allah! Kurniakan rahmat keatas junjungan kami Muhammad dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau mengurniakan rahmat keatas Ibrahim  dan keatas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Maha Agung."

Sedarlah wahai ahlul-bayt Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam! 

Sesungguhnya khidmat dan tanggungjawab agama merupakan kerja dan mandat Allah atas leluhur anda, baginda sekelian hidup atas nawaitu agama, menyem-purnakan misi dakwah & pertahanan umat Islam sebagai darah daging keluarga, menjadikan DUNIA sebagai tempat bercucuk-tanam sedangkan impian untuk bertemu nenda mereka, Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam di telaga Haudh di Akhirat nanti dalam keadaan sejahtera, kemenangan dan dalam keredhoan Illahi merupakan cita-cita dan impian mereka yang muktamad. 

Contohilah sejarah hidup ahlul-bayt awallun!

Contohilah sejarah hidup ahlul-bayt awallun!

Contohilah sejarah hidup ahlul-bayt awallun!

Jadikanlah mereka idealisme anda!  Cetuskanlah kesedaran dan keinsafan di kalangan keluarga dan kaum kerabat untuk menyambung dan meneruskan sirah mereka sebagai pejuang-pejuang agama.

Jangan pedulikan  hasutan, tohmahan dan pengaruh golongan yang sebenarnya ingin menjauh serta menyelewengkan anda dari resam & tanggungjawab sebagai cucu-cicit Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam.

Berilah khidmat kerana Allah dan RasulNya semata-mata demi memertabatkan semula syiar Islam dan umatnya!

 Ingatlah, sesungguhnya niat yang betul, usaha yg baik dan kemajuan agama anda memberi kesan SECARA LANGSUNG kepada ummah sejagat !!

Kepada Tuan-Tuan Sayyid, Habib, Syarif, keluarga dan kaum kerabat sekelian, samada yang masih pekat rasnya ataupun yang telah lebur kepada rumpunan baka Nusantara harap dapatlah diambil syor ini;

Pertama:
Kaji, keluarkan, sebarkan dan hayatilah bersama-sama akan kemurniaan sejarah sebenar nenek moyang anda  yang sebahagian mereka telah menjadi mangsa fitnah, khususnya fitnah dari penyelewengan puak Syiah Pelampau sehingga ke hari ini.

Biarlah kebenaran nenek moyang  anda  dpt ‘dipahat atas batu’ supaya kebenaran mereka tak hilang sehingga Hari Kiamat nanti. Dan siapakah lagi yang layak mempertahankan maruah dan penghormatan nenek moyang jika tidak dari cucu-cicit mereka sendiri!!

Ke-2:
Berlepas tanganlah dengan para pendokong Syiah Pelampau yang cuba mem-pengaruhi pegangan anda. 

Pertahankan kemuliaan martabat para sahabat Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam yang menjadi sasaran utama fitnah pen-dokong Syiah Pelampau.

Ke-3:
Bentuklah aliran pemikiran yang betul mengenai fakta, sejarah, kedudukan dan pegangan sebenar ahlul-bayt Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam mengikut pendapat ijmak ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Berpegang teguhlah dan 'gigitlah kuat-kuat dengan gerahammu' kepada jalan dan ajaran sebenar pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kece-laruan berbagai fahaman yang sesat lagi menyeleweng pada masa kini.

Ke-4:
Tanamkanlah kesedaran yang tinggi di kalangan keluarga dan kaum kerabat tentang kepentingan peranan ahlul-bayt dalam  kehidupan masyarakat Islam dari dahulu, sekarang sehingga menjelang penghujung AkhirZAMAN ini.

Bentuklah kesedaran bahawa ahlul-bayt patut menjadi suri tauladan kepada semua umat Islam kerana mereka pembawa zat Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam sendiri.

Ke-5:
Bersyukurlah kepada nikmat Allah atas anugerah nasab mulia kepada anda yang menjadi idaman setiap umat Islam yg insaf akan ketinggian nilaian nasab tersebut itu.

Zahirkanlah kesyukuran anda dengan menunaikan hak dan kewajipan nasab mulia tersebut dengan penuh kerendahan diri, taqwa dan tawadhu', sebagaimana resamnya nenda anda yang mulia, junjungan besar Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam.

Ke-6:
Tanamkanlah kesedaran bahawa sebagai cucu-cicit Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam yang disebut baginda sebagai sarana keselamatan umat Islam, Iblis dan juak-juaknya bekerja lebih keras utk menyeleweng, hatta membinasakan golon-gan anda.

Oleh itu, anda sekelian seharusnyalah lebih berhati-hati supaya jangan terjatuh dalam perangkap Iblis. Bagaimanapun, tenang-tenangkanlah hati anda bahawa usaha anda itu lebih mudah memberi kesan serta menafaat pada diri sendiri, keluarga, kaum kerabat, komuniti dan umat Islam.

Ke-7:
Carilah susur galur keluarga dan simpanlah dengan baik untuk menafaat anak cucu di kemudian hari.

Adakanlah majlis-majlis haul untuk nenek moyang yang masyur sebagai pejuang agama atau tokoh bangsa demi mencetuskan semangat dan kesedaran di kalangan cucu-cicitnya supaya dapat mencontohi kehidupan serta perjuangan mereka.

Ke-8:
Bacalah kisah-kisah perjuangan ahlul-bayt awallun dlm khidmat dan perjuangan agama mereka yang ikhlas dan tidak pernah lelah. Jadikan mereka ‘role model’ keluarga anda.

Ke-9:
Meriahkanlah majlis-majlis ilmu dan zikir, ratib-ratib, haul, maulidur rasul dan hari-hari kebesaran Islam yang lainnya (yang tidak bercampur aduk dengan unsur-unsur bidaah atau kesesatan puak Syiah Pelampau) dengan kehadiran anda dan kaum kerabat.

Ke-10:
Dalam ruang kesempatan dan rezeki, kunjungilah tempat-tempat sejarah ahlul-bayt terunggul seperti di Mekah & Madinah, Hadhramaut, Mesir, Iraq, Indonesia, Singapura dan Tanah MALAyu ini.

Kunjungilah makam-makam mereka dan hadiahkan bacaan Yaasiin, Fatihah serta doakanlah mereka sebagaimana yang sepatutnya.

Janganlah lupa mendapatkan wasilah mereka kerana ramai dari kalangan mereka telah dikurniakan martabat waliyullah seperti Sayyidina Ali, Sayidina Hasan & Husin,  Sayyidina ‘Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad Baqir, Imam Jaafar Sadiq, Ummuhatul Mukminin, puteri2 Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam, Sayyidatina Nafisah, Sayyidatina Aminah, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo, Habib Nuh, Syeikh Ismail Pulau Besar dan ramai lagi.

Tidaklah perlu disebut lagi tentang kewajipan menziarahi makam nenda Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam sendiri di kota suci Madinah.

Ke-11:
Pilihlah dari kalangan keluarga anda seorang Dua anak-anak yg paling berpotensi untuk ‘diwaqafkan’ sepenuhnya kepada khidmat agama sebagai alim-ulama syariat dan tariqat, sebagai pelaburan keluarga anda di Hari Akhirat nanti.

Ingatlah, dengan berbuat demikian, anda yang akan menyejukkan hati Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam dan leluhur anda yang lain di Hari Akhirat nanti. Ini belum pun termasuk faedah dan keberkatan DUNIAWI yang bakal menanti anda sekeluarga.

Ke-12:
Bagi mereka yang berketurunan raja-raja, bangsawan mahupun alim-ulama dahulu kala, terutama yg mempunyai gelaran kebesaran diraja seperti Pangeran, Raden, Wan, Sidi, Nik, Long, Meor dan sebagainya, ikhtiarkan untuk menjejaki salasilah keturunan anda.

Jika sahih bahawa anda mempunyai susur galur kepada raja-raja dari mana-mana kesultanan ahlul-bayt, maka peganglah resam dan amalan ahlul-bayt Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam kerana anda adalah ahlul-bayt Gelombang Pertama, yang juga merupakan ‘pusaka peninggalan’ baginda.

Apa yang menjadi hak mereka adalah hak anda dan apa yang menjadi kesalahan bagi mereka adalah juga kesalahan bagi anda.

Malahan, perjuangan agama mereka adalah juga tanggungjawab dan mandat Allah atas anda.

Oleh itu berbaktilah kepada Allah dan RasulNya dalam sekecil-kecil sehinggalah kepada sebesar-besar peranan (iaitu dalam konteks diri, keluarga, komuniti, bangsa & ummah). Sedarkanlah hakikat ini kpd keluarga & kaum kerabat anda.

Ke-13:
Do’akanlah zaman kebangkitan ummah yang diterajui oleh tokoh ahlul-bayt Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam pilihan Allah SubhanahuwaTa’ala sendiri, iaitu Imam Al Mahdi Al-Muntazar.

 Wahai ahlul-bayt Rasulullah Shallallahu Alayhi waSallam sekeliannya, bersatu-padulah dalam memakmurkan masjid, meriahkanlah majlis-majlis ilmu dan zikir, gerakkanlah usaha dakwah dan tabligh, sebarkanlah kebenaran Islam, kemakaran Yahudi dan dakyah Nasrani, janalah alim-ulama syariat dan tariqat dari kalangan anda dan tadah tanganlah ke arah langit secara individu ataupun beramai-ramai untuk mendo’akan nusrah dan rahmat Allah SubhanahuwaTa’ala atas umat Islam sedunia.

Ungkapan Inggeris menyebut : “Make a difference!”


Allahumma Salli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad


Wallahu'alam. 

Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah Radhiya‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam


Srikandi ×’בורה Safiyyah  Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau tlh dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. 

Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.

Apabila Dahya Kalbi  memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: 

"Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) yang akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. 

Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."

Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini  kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab: 

"Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?" 

Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dlm minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.

Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya. 

Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kpd suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." 

Safiyyah berkata: "Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari  Kheybar .

Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang2 makanan yg dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) utk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu utk berkongsi makanan itu bersama`sama. 

Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah  Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...